Papan Tanda Jalan Raya


Assalamualikum , Salam Sejahtera , Salam 1 Malaysia .
Sebelum itu , apa khabar pembaca sekalian ? Semoga dalam keadaan sihat sejahtera semuanya .
Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang apa yang ingin kita fokus kan , mari saya tunjukkan , gambar di atas adalah antara papan tanda yang terdapat di Malaysia . Papan Tanda Jalan Raya merupakan salah satu sesuatu penunjuk arah yang memaparkan sesuatu iklan atau tanda kepada pengguna - pengguna jalan raya . Papan tanda di jalan raya merupakan suatu benda yang penting bagi pengguna-pengguna jalan raya . Hal ini kerana pelbagai kesan bakal berlaku sekiranya papan tanda tidak di letakkan di sesetangah tempat .

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya

Antara kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya . Antara contoh seperti :
Papan tanda ini menunjukkan bahawa , pemandu dilarang memotong di kawasan itu . Maka , selaku pengguna jalan raya yang berhemah , kita seharusnya mematuhi papan tanda ini dan bukannya memotong sahaja jalan raya . Ini kerana apabila ada pemandu yang sesuka hati memotong apabila adanya papan tanda ini , boleh berlaku kemalangan jalan raya . Maka jelaslah bahawa , mematuhi papan tanda jalan raya boleh mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya .

Seterusnya , apabila pemandu mematuhi papan tanda jalan raya membolehkan urusan pengangkutan di jalan raya berjalan dengan lancar . Antara contoh seperti :


Papan tanda ini menunjukkan bahawa , pemandu yang membawa kenderaan yang berat perlu melalui laluan kiri . Hal ini membolehkan pemandu-pemandu yang membawa kenderaan yang ringan untuk memandu dengan lancar dan memudahkan urusan pengangkutan di jalan raya . Selain itu , tidak akan berlaku kemalangan apabila jalan raya lancar tanpa ganguan . 





Thanks For Reading :)

1 comment: